Dewi Periyachi


Dewi Periyachi merupakan ciri yang menggerunkan bagi Ibu Pertiwi. Ia dikenali lah jua sebagai Periyachi Kali Amman dan dikaitkan dengan dewi Kali yang ganas. Dewi Periyachi menjadi pelindung bagi anak-anak dan dikaitkan dengan kelahiran kanak-kanak dan kebuntingan. Dewi ini biasa dikaitkan dengan agama Hindu di Tanah Melayu dan di Singapura.

Dewi Periyachi dikenali dengan delapan tangan semuanya dan rupa menggerunkan. Baginda biasanya memegang senjata dan memegang bayi. Mungkin juga memegang trisulo, damaru dengan ular, pedang, tali jerat dan juga bekas buat isi darah jahat.

Dia selalu digambarkan berdiri atau duduk dengan kakinya itu memijak seorang raja. Dalam gambaran juga digambarkan baginda mengoyak perut permaisuri, yang berbaring atas pangkuannya, dan mengunyah tali perut permaisuri di samping darah menetes dari mulut baginda. Dua lagi tangan baginda memegang tali perut dan anakanda jahat raja itu

Dewi Periyachi bertindak menjadi dewata pengawal atau kawal deiwam. Yang lain-lain kawal deiwam itu adalah Muniswaran dan Mathurai Wiran yang dianggap sebagai pengawal baginda. Dewi Periyachi bersama dengan Jada Muniswaran, iaitu salah satu ciri Muniswaran, diperkatakan turun ke bumi sebagai satu jodi atau pasangan menghalau semangat jahat dan menjaga bumi. Dewi Periyachi juga menghukum wanita yang berbuat jahat dan onar kepada orang lain, menghukum lelaki yang memperguna wanita, dan memijak mereka dengan kakinya. Baginda juga melindungi kanak-kanak.

0 Response to "Dewi Periyachi"

Post a Comment

Terima kasih sudah membaca blog saya, silahkan tinggalkan komentar!